5 tips tawan mertua

5 tips anda boleh cuba untuk pikat hati mertua anda.
1. Mengalah
Kalau dapat mentua yang suka tunjuk ‘skill’, korang tak payahlah nak lawan. Cuba mengalah dan terima ilmu barunya. Korang nak hidup dengan anaknya, tentu saja dia nak anak dia bahagia dan makan apa yang dia biasa masak. Korang belajarlah masak cara dia.
2. Belikan hadiah
Ada sesetengah mak mentua tu kan, dia baru nak ada menantu. Siapa tahu dia agak excited nak dapat menantu yang selalu ingat kat dia. Jadi apa la salahnya sesekali belikan dia hadiah dan barang yang dia suka. Ada duit lebih, boleh bagi sesuatu yang lebih berharga. Tambah kalau mentua korang yang jaga anak-anak korang, tidak ke rasa nak belikan sesuatu sebagai tanda ingatan dan ucapan terima kasih.. kan?
3. Bawa berjalan
Mungkin ada antara korang yang rasa tidak selesa bila bersama, tapi kalau korang boleh bawa mak mentua keluar bersama, pasti hatinya rasa terhibur dan gembira. Tambah pula kalau korang adalah orang pertama bawa dia pergi ke sesuatu tempat yang tak pernah dia pergi. Confirm suka, dan dia akan bercerita pada orang lain yang dia beruntung ada menantu macam korang.
4. Kongsi hobi
Payah sangat ke nak cuba masuk dunia mak-mak yang ada hobi? Sebenarnya inilah peluang korang nak tawan hati mentua paling senang. Cuba selami minatnya dan buat sama-sama. Contoh kalau mak mentua suka bunga, sila belikan dia bunga. Atau korang boleh sama-sama cari tempat baru untuk dia kumpul koleksi bunga. Mudahnya nak bahagiakan hati orang tua. Esok-esok korang pun akan faham dunia jadi mertua macam mana. InsyaAllah, korang akan jadi menantu yang paling dirinduinya..
5. Kena rajin walau pura-pura
Kalau pun tak suka masuk dapur, jangan tunjuk sangat yang korang tu pemalas. Cara kemas rumah pun nak kena jaga. Jangan jadikan kerja satu alasan korang biarkan rumah dalam keadaan bersepah. Perangai mak mertua tak sama… kalau korang dapat mertua yang jenis tak kisah bab masak, untunglah! Tapi kalau sebaliknya? Mesti dia rasa agak terkilan dan sedih fikir nasib anaknya.