9 kelebihan kenduri di dewan

Pesan datuk nenek, kalau anak cucu mahu bersanding, biarlah dilangsungkan di laman sendiri supaya semua sahabat handai dan saudara mara jauh serta dekat boleh melihat dengan jelas kedua-dua mempelai yang duduk sopan di atas pelamin.

Lebih daripada itu, berapa lama ingin menatap mempelai pun tiada yang menghalang kerana majlis berkenaan diadakan di rumah. Bagaimanapun, zaman beralih dan masa beredar menyaksikan persandingan tidak lagi terhad lokasinya di rumah sendiri, sebaliknya dibawa ke ruang yang lebih besar seperti di dewan orang ramai atau di hotel.

Peralihan tempat ini juga sekali gus mencetus pertanyaan adakah persandingan di dewan mencipta kemeriahan yang sama seperti bersanding di rumah? Tepuk dada, tanya selera kerana cita rasa antara kita pastinya berbeza. Kebaikan mengadakan majlis perkahwinan di dewan :

  • Majlis di dewan boleh dilakukan mengikut belanjawan tuan rumah. Kalau ada bajet yang mencukupi boleh buat kat dewan yang ada aircond atau hotel. Lebih selesa dan teratur kan.

  • Ruang yang luas serta selesa untuk tetamu bergerak. Bukan itu sahaja kemudahan yang disediakan pon lengkap kan. Ada holding room. Surau. Tandas pon dijaga bersih. Ini dapat menambahkan lagi keselesaan tetamu.

  • Tidak perlu meminjam ruang atau laman jiran.Ye lah kan kadang kita segan nk ganggu ruang jiran kan. Parking dia lagi, bunyi bising. Kalau dapat jiran yang memahami okay la.

  • Dapat mengelakkan kekotoran di halaman rumah. Ibarat majlis bawak badan je. Tuan rumah cuma perlu ke dewan untuk majlis. Tak perlu nak bersepah-sepah rumah.

  • Kemudahan meletak kereta untuk tetamu. Kebiasannya ruang parking di dewan lebih banyak dan selamat. Sekarang siap dengan Pengawal Rela. Kadang tu siap berbumbung lagi parking. Selamat dan selesa.

  • Walaupun masa agak terhad, tetamu datang mengikut masa yang ditetapkan dan mencetus kemeriahan apabila dewan dipenuhi undangan. Ini moment paling penting sebab ada saudara mara yang lama tak jumpa pon hadir sama tau.

  • Seluruh tetamu berpeluang melihat pengantin yang diraikan. Selalunya pengantin tiba pada waktu puncak. So semua tetamu pon dapat tengok dan bergambar kan.

  • Jamuan ala bufet memudahkan undangan. Ini dapat menjimatkan makanan berbanding kalau makanan dihidang.

  • Tidak perlu berkemas sebelum dan selepas majlis dijalankan. Bila selesai majlis tuan rumah tak perlu mengemas sebarang kotoran atau saki baki majlis. Cuma pulang dan berehat. Peace of mind.