Alhamdulillah

Sekadar perkongsian.

Perkahwinan kami suka sama suka. Tiada halangan dari sesiapa. Duit kami sama2 kongsi. Maklumlah. Suka sama suka. Bukan jenis mata duitan. Kami hanya inginkan redha Allah sahaja. Bukan redha makhluk. Kami tak kisah orang nak kata apa. Biarlah orang nak kata apa. Bukan dia nak kawen, tapi aku ! 😂

2/9/2017 adalah jam lebih kurang 10pagi kami sah menjadi suami isteri.

Asalnya aku kenal istri aku ni d satu page aku handle. Dia hanya bertanya satu soalan. Aku add dia d fb. Ehhh kami pun jadi kawan rapat. Kawan sampai ke plamin. Tak pernah kapel pun. Jumpa pun ditempat pengajian. Maklum lah. Skelas kan. Bertegur tu tak lah sangat. Tapi kat wasap memang rapat gila.

Oke habis. Masuk bab maskahwin plak.

Perkahwinan kami rm5000 je. Yeee 5000. Tak lebih. Barang atas “par” tu duit kami kongsi jugak. Tiada paksaan. Yelah, suka sama suka kena lah kongsi. Bukan handle sorang2. Barang atas par tu ada aku beli yg baru. Ada aku bagi yg dh guna. Maklum lah. Aku ni orang miskin. Mana ada duit nak beli semua yg baru. Zaujah aku pun faham. Dia tidak memberontak nak itu ini. Tak ngade2 nak beli yg baru. Letak yg mana ada je. Bukan letak barang yg lama tu tak sah nikah. Tu bukan rukun nikah. Tu adat je.

Alhamdulillah, Perkahwinan kami berlangsung dgn lancar. Makan ala kadar je. Tak mewah. Makan ikan singgang pun sah nikah. Takde masalah.

Aku buntu nak cari duit nak buat jamuan rumah aku 16.9.2017 ni. Dah kering kontang. Dalam cimb aku ada rm15 lebih lagi kot. Zaujah aku dgn baik hatinya dia bagi plak duit maskahwen dia kat aku untuk buat jamuan makan kat rumah aku. Sungguh aku malu pada dia ! Malu ! Dia trima aku dgn aku tiada apa-apa. Mulia betul hatimu wahai istriku tercinta. Sungguh aku malu. Muka aku tak tahu nak letak kat mana slama 3 hari aku hadap tengok wajahmu. Kau terlalu baik. Aku akan mencintaimu sesungguh2 hatiku. InsyaAllah sampai ke syurga. Aamiin ya rabbal alamin…

Lupa aku nak cakap, kami sama2 mengaji di pondok. 🙂

Kepada wanita diluar sana, permudahkanlah perkahwinan kalian seperti isteri aku permudahkan perkahwinan aku dgn dia. InsyaAllah bahagia. InsyaAllah kawen pun cepat. Bukan duk date tak hirau halal haram. Ni tak hirau halal haram pastu duk gila nak nikah. Nk nikah plak letak hrga tinggi mcm nk jual orang. Biasa2 dh lah. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah.

I love u Rabaah Rabbaniyyin. Terima kasih kerana menerima aku yg tiada apa2. Dan trima kasih juga krana permudahkan perkahwinan kita. Semoga kita sama2 ke syurga Allah swt. Allahumma aamiin. 😘😘😘

p/s : Tag awek korang agar dia memahami dan agar dia permudahkan perkahwinan kamu dan dia. 😅😅

Sumber Muhammad Ridzuan