Idea Tema Parti Hari Jadi

 

Hari jadi anak bakal menjelma. Merancang sambutan hari istimewa anak anda sememangnya perlukan ketelitian walaupun hanya kecil-kecilan.

Setiap kanak-kanak pasti ada satu watak superhero yang menjadi idola mereka. Contohnya The Avengers, Spiderman, Superman, Robocop dan lain-lain lagi. Jadi pilih salah satu darinya dan jadikan tema hari jadi buat mereka.

Seleksi warna pelangi menjadi tema hari jadi menceriakan lagi suasana parti anak anda.

Watak kartun seperti Upin Ipin, Mickey Mouse, Spongebob, Frozen dan lain-lain lagi mungkin menjadi kegemaran anak-anak anda. Pilih salah satu daripadanya yang pasti boleh buat anak anda melonjak kegembiraan.

Buat anak lelaki yang gemarkan bola sepak, bolehlah anda cuba tema bermotifkan bola sepak.

Disini saya kongsikan beberapa gambar buat tatapan anda.