Istiadat Naik ‘Boyan’

Naik Buai merupakan salah satu daripada istiadat yang masih diamalkan di Malaysia. Khusus diadakan untuk anak yang baru dilahirkan. Pada kebiasaanya dilakukan semasa bayi berusia 44 hari atau selepas ibu habis berpantang.

Dalam loghat Perak buaian disebut ‘boyan’dimaksudkan sebagai satu peralatan yang dibuat dari kain dan digantung bagi membolehkan ia dibuai atau diayun untuk menidurkan bayi. Namun sekarang rekaan buai semakin menarik dan cantik berbanding zaman terdahulu.

Selalunya istiadat naik buaian ini didahului dengan upacara marhaban. Kemudian diikuti dengan upcara mencukur atau memotong rambut bayi.

Istiadat naik buai secara traditional masih lagi diamalkan oleh masyarakat kita walaupun bilangannya amat berkurangan. Untuk majlis naik buai memadai dengan bacaan doa selamat, berzanji, marhaban dan bersyair tanpa menggunakan alat dan perbuatan yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam.

Istiadat naik buai atau cukur jambul ini perlu dipertahankan sebagai satu warisan budaya yang tinggi nilai seninya.