Kenapa Bermasalah Dalam Rumah Tangga?

Ujian dari Allah

Masalah berumah tangga tetap akan muncul juga sebagai ujian daripada Allah. Jika dihadapi dengan betul dan berasakan ilmu, masalah akan menjadi baja kepada kebahagiaan rumah tangga.

Semoga keluarga bahagia yang kita impikan menjadi realiti dengan suami dan isteri mampu mengatasi apa yang menjadi penghalang kepada pembentukan ‘rumahku syurgaku’. Antara sebab berlaku masalah dalam rumah tangga :

Rapuhnya hubungan dengan Allah

  • Yang paling asas dalam menjaga hubungan dengan Allah adalah dengan menunaikan solat. Namun ramai sekarang yang memandang mudah tentang solat. Solat juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat.

Tidak memahami peranan masing-masing

  • Ini tidak tertakluk buat isteri sahaja yang membuat kerja rumah. Suami patut turut serta membantu dalam menguruskan perihal rumah. Seeloknya setiap kerja boleh dilakukan bersama bukan hanya dirumah.

Memiliki sifat Mazmumah

  • Sifat seperti ini perlu dijauhi seperti cepat marah, kurang sabar, ego diri dan macam-macam sifat negatif yang lain.

Tidak berilmu

  • Setiap pasangan perlu ada ilmu berkaitan rumah tangga seperti ekonomi, pengisian agama, tanggungjawab dan pengurusan rumah tangga.

Tidak menerima hakikat perbezaan.

  • Hakikatnya lelaki dan perempuan banyak perbezaan. Namun dalam membina rumah tangga yang harmoni kita perlu menerima setiap perbezaan dengan berlapang dada dan saling memahami.