Perkahwinan Idaman

Setiap insan pasti ada impian macam mana perkahwinan adaman dia. Mungkin ada yang nak kawin kat rumah, dewan, tepi pantai, hotel atau ape-ape je la kan.

Setiap perempuan mesti ada perkahwinan idaman sendiri kan. Mesti ada jugak walaupun sikit. Sekurang-kurangnya mesti terbayang baju nanti nak pakai warna apa? Tak macam lelaki, lelaki selalunya tak kisah dengan majlis perkahwinan impian ni. Kalau boleh nak buat sesimple mungkin. yang penting bagi diorang, kehidupan selepas kahwin.  Dulu, time zaman muda mudi, saya ada angan-angan nak buat majlis kahwin besar-besaran. Nak pelamin mewah dan besar. Nak baju designer popular. Nak perfect dari A-Z. Nak sediakan pelbagai jenis makanan untuk tetamu. Nak sediakan doorgift yang mahal-mahal. Angan-angan sebijik macam anak dato atau artis kahwin.

Makanan untuk para tetamu pulak kalau boleh nak bagi tetamu makan sedap-sedap. hehehee. Kalau boleh nak sediakan pelbagai jenis makanan. dan kalau boleh juga, nak sediakan meja candy buffet. Selalu buat kat majlis orang je kan, jadi nak juga buat kat majlis sendiri. Sampai makanan pon kalau boleh nak masak sendiri. Dan saya juga berangan nak D.I.Y banyak benda. Macam handbouquet, doorgift, candy buffet.. Banyak betul perancangan. tapi tak tau la berkesempatan ke tak.  Kalau banyak nak diy, memang kena rancang dari awal kan?

Kalau boleh, saya nak majlis yang simple dan meriah. Yang paling penting, sangat bermakna untuk saya. Untuk pelamin, meja beradap dan bilik tidur, tak nak yg terlampau beria. Nak yg simple. Tak nak habiskan ribu riban untuk pelamin. Sebab pakai hanya utk beberapa hari. Pastu, barang2 pelamin tu xde pun yang boleh simpan. Yang ada cuma ada kenangan dalam gambar.

In the end nobody will talk about your wedding. Jadi jangan sampai terlampau nak impresskan orang. That’s it! Dalam hati saya sebenarnya memang saya nak impresskan org kan? Sebab tu berangan nak majlis macam orang kaya! Akhirnya saya sedar diri.. Tapi kalau da kemampuan tak salah pon nak buat majlis mewah-mewah kan.

Untuk itu memerlukan bajet yang besar. Jadi untuk elak sebarang masalah dah boleh ketepikan duit untuk majlis nanti. Takde la nanti hutang sana dan sini kan. Hidup ni bukan boleh dilaksanakan ikut angan-angan sahaja. Bukan senang nak cari duit. Bukan senang nak kumpul duit. Kena korbankan byk benda untuk dptkan apa yg diangan-angankan.

Bagi pasangan Khalis Imran ni dia sendiri yang nak bridesman dia pakai costum Ultraman untuk majlis perkahwinan idaman dia. Nampak unik kan. Ada pasangan yang pakai baju pengantin hasil dari bendera kebangsaan Malaysia sempena hari kemerdekaan. Taktau lah korang ape pulak tema perkahwinan idaman anda.

Di Parit Besar. Batu Pahat, Johor

Yang paling penting berbelanja biarlah mengikut kemampuan ye. Takde la lepas kawin dah takde duit. kann ?
So perkahwinan idaman anda macam mana?