siapa bayar?

Kebanyakan bagi pasangan bakal mempelai sering berhadapan dengan persoalan yang mahu ‘Siapa bayar apa? ketika anda berdua ingin merencanakan bajet sebelum mengadakan majlis perkahwinan. Isu kewangan ini dipandang berat terutama bagi golongan yang berpendapatan sederhana ataupun rendah.
Jika dahulu, keluarga pengantin perempuan yang membayar sebahagian besar majlis perkahwinan dan membiayai segala keperluan yang diperlukan. Manakala, bagi pengantin lelaki hanya perlu menyediakan duit mas kahwin, hantaran dan cincin perkahwinan serta pelbagai perbelanjaan kecil yang lain. Tetapi berbeza pada zaman kini, di mana pengantin lelaki harus menyediakan wang hantaran yang menelan belanja ribuan ringgit.
Dengan kos majlis perkahwinan yang semakin meningkat, banyak pasangan yang ingin berkahwin cenderung untuk mempunyai kerjaya yang tetap bagi menampung perbelanjaan ketika mengadakan majlis perkahwinan. Namun sebenarnya satu pertiga daripada perbelanjaan boleh dibahagikan ataupun ditampung oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Perbelanjaan keluarga pengantin perempuan:
Kad jemputan perkahwinan (pengumuman, ucapan terima kasih, dan lain-lain).

Perkhidmatan perunding pengantin.

Gaun perkahwinan dan aksesori.

Bunga untuk upacara dan dekorasi pelamin.

Hiburan seperti pengacara majlis.

Fotografi dan videografi.

Pengangkutan.

Pakaian perkahwinan keluarga.

Perbelanjaan keluarga pengantin lelaki untuk majlis bertandang:
Majlis resepsi.

Pakaian keluarga pengantin lelaki.

Perbelanjaan pengantin lelaki:
Cincin pengantin wanita.

Lesen perkahwinan (sijil kahwin dan sebagainya).

Bunga tangan untuk bakal isteri.

Pakaian untuk pengiring lelaki.

Hantaran untuk pengantin perempuan.

Mas kahwin.

Bulan madu.

Pengangkutan ke bulan madu.

Katering.

Perbelanjaan pengantin perempuan:
Katering.

Hadiah untuk gadis pengiring.

Hantaran untuk pengantin lelaki.
ps: kredit to PesonaPengantin