Tips Berbulan Madu

Inilah masanya untuk anda mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam dan meluangkan masa romantis hanya berdua.

Bulan madu atau dalam erti kata lain honeymoon adalah detik romantis bagi pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Percutian romantis yang dirancang bersama pasangan dengan harapan segalanya berjalan seperti apa yang telah lama di impikan selama ini.


Antara destinasi popular yang menjadi pilihan pengantin baru untuk menikmati percutian bulan madu mereka adalah Rome, Italy, New York, Paris, Krabi dan Bali dan lain-lain lagi. Apa salahnya berbelanja lebih untuk percutian anda berdua. Percutian pertama anda kan? Tapi bercuti dalam negara pon ada banyak tempat menarik seperti Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor. Dalam negara pon boleh jimat bajet kan.

Tapi jangan pula dilupakan tempat-tempat di Malaysia yang sama tandingnya dengan destinasi luar negara lain. Antara destinasi popular tempatan yang menjadi pilihan adalah Cameron Highlands, Bukit Tinggi dan ada juga memilih pulau sebagai lokasi honeymoon mereka.

Antara tips yang boleh admin kongsikan bersama pasangan di luar sana adalah, rancang bulan madu anda dua atau tiga bulan awal. Tidak semestinya untuk mendapat mood romantik anda dan pasangan perlu ke luar negara, mungkin anda boleh buat perancangan awal untuk membuat kejutan buat si dia. Duduk berdua dan buat senarai tempat-tempat yang pernah diimpikan untuk dilawati, dengan budget yang ada lihat destinasi mana yang sesuai dengan budget anda tadi.

Tips tambahan, kunjungilah expo perlancongan seperti MATTA fair. Pasti pada ketika itu anda akan dapat harga promosi yang sangat berbaloi. Tapi jika tidak berkesempatan, sekarang ni admin nampak banyak travel agency yang menawarkan pelbagai Pakej Bulan Madu yang menarik dan harganya pun berpatutan. Apa lagi, buatlah pilihan yang bijak, tapi jangan bimbang kerana apabila dengan yang tersayang semuanya akan menjadi indah.

Selamat memilih destinasi berbulan madu bersama pasangan!